Showing posts with label pantun. Show all posts
Showing posts with label pantun. Show all posts

Saturday, September 1, 2012

PANTUN KAUM DI MALAYSIA


PANTUN

KAUM DI MALAYSIA
  


Tepuk tangan ramai-ramai,
Melihat aksi si rama-rama,
Negara Malaysia aman damai
Pelbagai kaum hidup bersama.

Si anak muda senang berkawan,
Riadah bersama bermain catur,
Kaum Melayu tampan menawan,
Lemah-lembut langkah diatur.

Malu-malu jumpa si dia,
Hasrat hati jadi taruhan,
Sungguh segak kaum India,
Pakaian tradisi jadi pilihan,

Sudu garfu mengetuk piring,
Jadi amalan orang kaya,
Atur langkah jalan seiring,
Kaum Cina cantik bergaya.



CARA PENGGUNAAN:

  1. Murid diminta mendengar sebutan dan intonasi bacaan guru.
  2.  Murid diminta mengikut bacaan guru dengan sebutan dan intonasi yang betul.
  3. Murid diminta membaca pantun tersebut dengan lancar menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.
  4. Murid kemudiannya diminta menyenaraikan kaum-kaum yang ada di Malaysia berdasarkan pantun.
  5.  Murid kemudiannya diminta memberikan sumbang saran berkenaan budaya dan cara hidup kaum-kaum tersebut.
  6.  Murid menulisnya di dalam buku.


Thursday, August 30, 2012

PANTUN MARI BELAJAR


PANTUN

MARI BELAJAR


Dengar-dengar cikgu sebut,
Pasang telinga besar-besar,
Mulut adik mula menyebut,
Sebutannya mesti lancar.

Ulang-ulang banyak kali,
Biar cepat adik kejar,
Cikgu ajar cuma sekali,
Adik memang cepat belajar.

Rakan sebelah turut sama,
Adik belajar bersama rakan,
Kumat-kamit mulut membaca,
Kalau salah cikgu betulkan.



CARA PENGGUNAAN PANTUN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KELAS PEMULIHAN:

  1.  Murid mendengar sebutan dan intonasi bacaan guru
  2.  Murid mengikut bacaan guru dengan sebutan dan intonasi yang betul.
  3.  Guru membetulkan kesilapan murid.
  4. Murid melakukan latih tubi membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul
  5.  Murid ditanya apakah yang difahami mengenai pantun tersebut.
  6. Murid kemudiannya diminta menyalin pantun tersebut dengan tulisan yang kemas dan cantik.


print