Friday, September 7, 2012

SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN. KVKV

Hai adik manis, dah mahir belum baca perkataan suku kata terbuka KV. kalau belum kena bukak balik dan ulang kemahiran ini sampai dapat membaca dengan lancar. sila klik di SINI untuk ke pautan kemahiran tersebut. Adik-adik kena membaca dengan lancar terlebih dahulu kemahiran ini sebelum kita ke kemahiran yang seterusnya iaitu kemahiran KVKV. 

Kalau dah mahir membaca. Jom kita dengarkan lagu buah-buahan ini terlebih dahulu. selepas itu barulah kita nyanyi bersama-sama---> sila klik pada gambar.





selepas mendengar dan menyanyikan lagu, cuba senaraikan jenis-jenis buah yang terdapat dalam lagu tersebut. he

macam mana?

semua betul?

bagus! semua betul. hehe kalau begitu, JOM KITA BELAJAR MEMBACA.

namakan sayur-sayuran dan buah-buahan tersebut dengan betul. kemudian, eja dan baca perkataan tersebut berdasarkan gambar. SELAMAT MEMBACA!

:)
















untuk dapatkan slaid powerpoint. sila klik di SINI.

sebagai pengukuhan, adik-adik kena buat latihan. untuk muat turun latihan, sila klik di SINI.

SELAMAT MENCUBA!

babai ^^




Thursday, September 6, 2012

LAGU BUAH-BUAHAN

JOM BELAJAR MENGENAI BUAH-BUAHAN MELALUI LAGU.

APA TUNGGU LAGI ADIK-ADIK?

JOM KITA NYANYI SAMA-SAMA.






:)





Wednesday, September 5, 2012

SAJAK UNTUK ZATUL


SAJAK

SAJAK UNTUK ZATUL



Usaha Zatul usaha,
Kerah seluruh daya,
Usaha itu manis,
Bila kau sudah tahu.

Doa Zatul doa,
Doa pada yang Satu,
Agar ilmu yang dicari,
Berkatnya terus kekal.

Besar Zatul besar,
Jadi orang berguna,
Ilmu yang kau belajar,
Diajar pada yang lain.



TATACARA PENGGUNAAN:

  1. Murid diperdengarkan dengan deklamasi sajak.
  2. Murid diminta mengikut deklamasi sajak guru.
  3. Murid membaca secara senyap.
  4. Murid diminta membaca sajak tersebut secara kuat dengan sebutan dan intonasi yang betul.
  5. Murid ditanya apakah yang difahaminya mengenai sajak tersebut.
  6. Murid diminta menyalin kembali sajak tersebut ke dalam buku dengan kemas dan cantik.


SYAIR TEMAN BAIK


SYAIR
 TEMAN BAIK


Teman yang baik perlu dicari,
Jadi pembimbing diriku ini,
Teguran dan nasihat tanda peduli,
Agar kesalahan yang dilakukan jadi pengingat diri.

Teman yang baik takkan membiarkan,
kesalahan dilakukan terus-terusan,
Teman yang baik petunjuk jalan,
Agar sentiasa melihat kebenaran.

Teman yang baik akan memberi panduan,
Mengarahkanku ke jalan kebaikan,
Saling menyayangi sengketa dilupakan,
Supaya ukhuwah yang terbina terus bertahan.



  
TATACARA PENGGUNAAN:
  1. Murid diperdengarkan dengan alunan syair oleh guru.
  2. Murid diminta mengikut alunan syair guru.
  3. Murid ditanya apakah yang difahami dalam syair tersebut rangkap demi rangkap.
  4. Murid diberikan soalan isi tempat kosong.
  5. Murid menjawabnya berpandukan syair yang diperdengarkan tadi.

          Contoh:
          Teman yang ______ perlu _______,
          Jadi _____________ diriku ini,
         _________ dan ________ tanda peduli,
         Agar kesalahan yang dilakukan jadi ___________ diri.

    5.  Guru membincangkan jawapan murid bersama-sama.

Tuesday, September 4, 2012

SELOKA BADAN SI MAMAT


SELOKA

BADAN SI MAMAT

Badan Si Mamat sihat, jagalah, jagalah ...
Ada rambut sentuh,
Ada mata lihat,
Ada hidung hidu,
Ada mulut nganga,
Ada lidah rasa,
Ada telinga dengar,
Ada tangan pegang,
Ada siku goyang,
Ada lutut bengkok,
Ada kaki jalan,
Jagalah, jagalah,
Biar anggota badan Si Mamat selalu sihat.



TATACARA PENGGUNAAN
  1. Murid diperdengarkan dengan nyanyian seloka daripada guru.
  2. Murid diminta mengikut nyanyian tersebut berserta gaya.
  3.  Murid menyenaraikan anggota badan dan membacanya secara kuat.
  4.  Murid membaca secara senyap.
  5.  Guru melakukan imlak. Murid diminta menulis anggota badan yang disebut guru.
  6.  Guru menyemak jawapan murid bersama-sama.


BALASAN SI KUCING SOMBONG


CERITA BINATANG

BALASAN SI KUCING SOMBONG


Di sebuah rumah, tinggal beberapa haiwan yang dipelihara oleh Encik Malik iaitu sepasang kura-kura yang diberi nama Ura dan Ira, seekor arnab yang dipanggil Cik Ab dan burung merpati jinak yang sudah tua dipanggil Pak Pati. Ura, Ira, Cik Ab dan Pak Pati hidup dengan harmoni dan gembira di rumah Encik Malik iaitu tuan rumah. Mereka saling tolong-menolong dan menghormati satu sama lain.

Tiap-tiap petang Encik Malik akan melepaskan Cik Ab dan Pak Pati daripada sarangnya ke halaman rumah. Cik Ab akan bermain-main dengan Ura dan Ira berhampiran kolam di halaman rumah Encik Malik, Pak Pati pula akan berehat dan melihat mereka bermain. Kadang-kadang, Cik Ab, Ura dan Ira akan mendengar Pak Pati bercerita tentang masa muda Pak Pati. Pak Pati juga banyak memberi nasihat kepada mereka. Mereka berasa sungguh gembira sekali.


Pada suatu hari, Encik Malik telah membawa pulang seekor kucing Parsi yang baru dibeli di kedai.  Kucing itu dipanggil Ucin. Ucin merupakan kucing yang sombong dan nakal. Ucin tidak mahu bergaul dan bermain-main dengan haiwan yang lain. Sejak Ucin tinggal di rumah itu, Ura, Ira, Cik Ab dan Pak Pati selalu diganggu Ucin dan tidak bebas bermain-main di halaman rumah lagi. Ucin selalu mengganggu Pak Pati yang sedang berehat di halaman rumah.  Oleh sebab itulah, Pak Pati lebih suka berehat di dalam sarangnya sahaja.


Ucin juga selalu mengusik Ura dan Iri sehingga mereka terjatuh ke dalam kolam. Malah, Cik Ab juga semput berlari dikejar oleh Ucin. Haiwan-haiwan itu tidak lagi berasa gembira dan bebas untuk bermain-main.  Jadi, pada suatu petang, Cik Ab, Ura dan Iri berkumpul di tepi sarang Pak Pati. Mereka melahirkan rasa marah dengan sikap Ucin. “Pak Pati, macam mana ni Pak Pati, Ucin selalu ganggu kita, kita tak lagi bebas bermain dan gembira macam dulu”, marah Ura. Pak Pati menasihati mereka agar bersabar.

Ucin berlagak dengan haiwan-haiwan lain kerana dia tinggal di dalam rumah dan bebas keluar masuk manakala haiwan lain tinggal di luar rumah, “ kamu semua cuma layak tinggal di luar rumah, tak macam aku boleh tinggal di dalam rumah, makan sedap-sedap, tuan rumah pun sayangkan aku, padan muka kamu semua, hahahaha...”, kata Ucin. Haiwan-haiwan lain Cuma mampu menggeleng-gelengkan kepala mendengar kata-kata Ucin.

Ucin menjadi semakin sombong dan malas kerana menjadi kesayangan tuan rumah. Ucin berak dan kencing merata-rata. Dia juga selalu makan dan mengotorkan rumah. Pak Pati, Cik Ab, Ura dan Iri hanya mampu melihat sikap ucin. Lama-kelamaan, Encik Malik berasa marah dan menghalau Ucin keluar rumah. Ucin terpaksa merayau-rayau dan tidur di jalanan. Apabila lapar, Ucin mencari makanan di dalam tong sampah. Badan ucin menjadi busuk dan kotor. Ucin tidak cantik lagi dan tidak dipedulikan orang ramai. Ucin berasa sedih. Akibat terlalu sedih, Ucin jatuh sakit dan mati.





Soalan pemahaman:

a.      Namakan watak-watak yang terkandung dalam cerita ini?

b.      Siapakah Ucin?

c.       Apakah perbuatan buruk yang dilakukan Ucin?
d.      Apakah balasan yang diterima Ucin?
e.      Nyatakan 3 nilai murni yang terkandung dalam cerita ini.









Sunday, September 2, 2012

CARA MENDEKLAMASI SAJAK

tidak tahu bagaimana caranya untuk mendeklamasikan sajak?

jom kita tonton video-video di bawah.

semoga video-video ini dapat mengajar anda cara untuk mendeklamasikan sajak.

:)






Pendeklamasian sajak oleh PN. NISAH HARON



 Sajak nukilan RATNA LAILA  SHAHIDIN




Pendeklamasian sajak oleh adik MOHD NAZHIP RASID






Saturday, September 1, 2012

SAJAK SEORANG ANAK KECIL YANG BERJIWA BESAR


SAJAK

SEORANG ANAK KECIL YANG BERJIWA BESAR


Di dalam kelas di sebuah sekolah kampung
Seorang anak kecil
Berpakaian kemas
Bersemangat waja
Bibir kecilnya tersenyum ceria
Mata kecilnya bersinar
Memandang dengan harapan
Terselit di tangannya sebatang pensel pendek
Usaha belajar tulis baca
Mengikut setiap patah bicara gurunya
Walaupun kadang raut wajahnya terlukis sukar
Semangatnya tak mungkin patah.
Malah, kan terus mekar


CARA PENGGUNAAN:
  1.   Murid mendengar guru mendeklamasikan sajak.
  2.    Murid diminta mengikut sebutan guru mendeklamasikan sajak.
  3.   Murid diminta membaca perkataan yang digariskan dalam sajak.
  4.   Guru membetulkan kesilapan bacaan murid.
  5.    Murid diminta menulis perkataan-perkataan tersebut ke dalam buku.
  6.    Murid membaca kembali perkataan yang ditulis


*bahan ini digunakan untuk mengajar kemahiran KV+KVK.

PANTUN KAUM DI MALAYSIA


PANTUN

KAUM DI MALAYSIA
  


Tepuk tangan ramai-ramai,
Melihat aksi si rama-rama,
Negara Malaysia aman damai
Pelbagai kaum hidup bersama.

Si anak muda senang berkawan,
Riadah bersama bermain catur,
Kaum Melayu tampan menawan,
Lemah-lembut langkah diatur.

Malu-malu jumpa si dia,
Hasrat hati jadi taruhan,
Sungguh segak kaum India,
Pakaian tradisi jadi pilihan,

Sudu garfu mengetuk piring,
Jadi amalan orang kaya,
Atur langkah jalan seiring,
Kaum Cina cantik bergaya.



CARA PENGGUNAAN:

  1. Murid diminta mendengar sebutan dan intonasi bacaan guru.
  2.  Murid diminta mengikut bacaan guru dengan sebutan dan intonasi yang betul.
  3. Murid diminta membaca pantun tersebut dengan lancar menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.
  4. Murid kemudiannya diminta menyenaraikan kaum-kaum yang ada di Malaysia berdasarkan pantun.
  5.  Murid kemudiannya diminta memberikan sumbang saran berkenaan budaya dan cara hidup kaum-kaum tersebut.
  6.  Murid menulisnya di dalam buku.


Thursday, August 30, 2012

PANTUN MARI BELAJAR


PANTUN

MARI BELAJAR


Dengar-dengar cikgu sebut,
Pasang telinga besar-besar,
Mulut adik mula menyebut,
Sebutannya mesti lancar.

Ulang-ulang banyak kali,
Biar cepat adik kejar,
Cikgu ajar cuma sekali,
Adik memang cepat belajar.

Rakan sebelah turut sama,
Adik belajar bersama rakan,
Kumat-kamit mulut membaca,
Kalau salah cikgu betulkan.



CARA PENGGUNAAN PANTUN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KELAS PEMULIHAN:

  1.  Murid mendengar sebutan dan intonasi bacaan guru
  2.  Murid mengikut bacaan guru dengan sebutan dan intonasi yang betul.
  3.  Guru membetulkan kesilapan murid.
  4. Murid melakukan latih tubi membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul
  5.  Murid ditanya apakah yang difahami mengenai pantun tersebut.
  6. Murid kemudiannya diminta menyalin pantun tersebut dengan tulisan yang kemas dan cantik.


Wednesday, August 22, 2012

MENGENAL NOMBOR 1-9

Hari ini kita akan belajar matematik iaitu mengenal nombor 1-9. 

JOM KITA MULAKAN.











macam mana? 
senang tak nak ingat? 
kalau belum ingat sila sebut berulang kali dan hafal nombor-nombor ini. 




print

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget