CERITA
BINATANG
BALASAN SI KUCING
SOMBONG
Di sebuah rumah, tinggal beberapa haiwan yang dipelihara oleh Encik Malik
iaitu sepasang kura-kura yang diberi nama Ura dan Ira, seekor arnab yang
dipanggil Cik Ab dan burung merpati jinak yang sudah tua dipanggil Pak Pati.
Ura, Ira, Cik Ab dan Pak Pati hidup dengan harmoni dan gembira di rumah Encik
Malik iaitu tuan rumah. Mereka saling tolong-menolong dan menghormati satu sama
lain.
Tiap-tiap petang Encik Malik akan melepaskan Cik Ab dan Pak Pati daripada
sarangnya ke halaman rumah. Cik Ab akan bermain-main dengan Ura dan Ira
berhampiran kolam di halaman rumah Encik Malik, Pak Pati pula akan berehat dan
melihat mereka bermain. Kadang-kadang, Cik Ab, Ura dan Ira akan mendengar Pak
Pati bercerita tentang masa muda Pak Pati. Pak Pati juga banyak memberi nasihat
kepada mereka. Mereka berasa sungguh gembira sekali.
Ucin juga selalu mengusik Ura dan Iri sehingga mereka terjatuh ke dalam
kolam. Malah, Cik Ab juga semput berlari dikejar oleh Ucin. Haiwan-haiwan itu
tidak lagi berasa gembira dan bebas untuk bermain-main. Jadi, pada suatu petang, Cik Ab, Ura dan Iri
berkumpul di tepi sarang Pak Pati. Mereka melahirkan rasa marah dengan sikap
Ucin. “Pak Pati, macam mana ni Pak Pati, Ucin selalu ganggu kita, kita tak lagi
bebas bermain dan gembira macam dulu”, marah Ura. Pak Pati menasihati mereka
agar bersabar.
Ucin berlagak dengan haiwan-haiwan lain kerana dia tinggal di dalam rumah
dan bebas keluar masuk manakala haiwan lain tinggal di luar rumah, “ kamu semua
cuma layak tinggal di luar rumah, tak macam aku boleh tinggal di dalam rumah,
makan sedap-sedap, tuan rumah pun sayangkan aku, padan muka kamu semua,
hahahaha...”, kata Ucin. Haiwan-haiwan lain Cuma mampu menggeleng-gelengkan
kepala mendengar kata-kata Ucin.
Ucin menjadi semakin sombong dan malas kerana menjadi kesayangan tuan
rumah. Ucin berak dan kencing merata-rata. Dia juga selalu makan dan
mengotorkan rumah. Pak Pati, Cik Ab, Ura dan Iri hanya mampu melihat sikap
ucin. Lama-kelamaan, Encik Malik berasa marah dan menghalau Ucin keluar rumah.
Ucin terpaksa merayau-rayau dan tidur di jalanan. Apabila lapar, Ucin mencari
makanan di dalam tong sampah. Badan ucin menjadi busuk dan kotor. Ucin tidak
cantik lagi dan tidak dipedulikan orang ramai. Ucin berasa sedih. Akibat
terlalu sedih, Ucin jatuh sakit dan mati.
Soalan pemahaman:
a.
Namakan watak-watak yang terkandung
dalam cerita ini?
b.
Siapakah Ucin?
c.
Apakah perbuatan buruk yang dilakukan
Ucin?
d.
Apakah balasan yang diterima Ucin?
e.
Nyatakan 3 nilai murni yang terkandung
dalam cerita ini.
No comments:
Post a Comment